Taaruf

My photo
Az-Zaqaziq, Ash-sharqiah, Egypt
منيساسزوىن محمدشوكري عبدالله

Sunday, January 1, 2012

latar masa bertukar..apa watak aku?



seperti yang semua maklum,2011 telah melabuhkan tirai..>>ayat agak skema

maka 2012 lagi membuka tirai..dan barisan pelakon adalah masih kekal

barisan pelakon di pentas dunia di mana latar masanya saja yang berubah

cuma ada barisan pelakon yang sudah tidak ditakdirkan untuk berlakon pada latar masa 2012..

sesungguhnya dari Allah kita datang,dari Allah jualah kita kembali..


dunia ibarat pentas..kitalah pelakonnya..dan pengarahnya adalah Allah =)

kita yang masih memegang watak ni harus meneruskan perjuangan..

sebut pasal watak..hmm..bila 2012 menjadi latar masa,maka dengan ini hilanglah angka 1 pada umurku..

bermakna watak yang aku mainkan kali ini adalah lebih berat berbanding sebelumnya..

bila umur sudah berangka 2 di depan..aku agak terkedu(tak percaya sudah 20..^^)

bukan apa..bila sudah mula dengan angka 2..

maka di situ lah juga aku

-meneruskan pengajian
-menghabiskan pengajian
-meneruskan hidup dengan alam pekerjaan yg smestinya busy tahap infinity=.=
-family menjadi tanggungjawab(masa untuk balas balik)
-meneruskan kehidupan sebagai psangan kpda seseorg =))

yang tersenerai di atas adalah perwatakan sampingan..jadi yang terutama adalah menjadi>>

HAMBA ALLAH SEPENUH MASA..
-semoga ini sentiasa dipertingkatkan dari latar masa ke latar masa yang seterusnya..insha Allah

begitu berat rasanya 'watak' yang dipikul sepanjang berangka 2..itu pun sekiranya jasad dan roh ini masih berada di pentas dunia..

p/s :theres no more 'teen' in my age..means not teenager anymore>>>repost balik dari kawan
Happy 2012..may this year will be our blessed year..^___^




No comments:

Post a Comment