Taaruf

My photo
Az-Zaqaziq, Ash-sharqiah, Egypt
منيساسزوىن محمدشوكري عبدالله

Tuesday, December 6, 2011

roda kehidupan

hidup kita ibarat roda...

kadang-kadang kita berada di atas dan kadang-kadang kita berada di bawah...

tapi semua orang hendak berada di atas..mana mungkin bawah pilihan kita...

begitulah Allah menguji setiap ciptaanNya di muka bumi ini..semua berlaku dengan izin Nya..

kadang-kadang kita tanpa waras fikiran selalu menyesal kerana selalu menjadi yang di bawah..

tanpa kita ketahui ada hikmah di sebaliknya...

bukankah Allah berfirman dalam Al-Quran:

"kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu pasti ada kemudahan"
                                                     (surah al-insyirah,ayat 5)

bila kita rasa kita berada di tempat yang atas,ingatlah ada lagi yang lebih atas dari kita..
bila kita rasa kita berada di tempat yang bawah,ingatlah ada lagi yang lebih bawah dari kita"
                                                  -ayahnda mrsm tawau2009"

ucapkanlah kesyukuran bila nikmat Allah datang..gunakan nikmat itu sebaiknya kerana itu merupakan satu ujianNya..

ucapkanlah kesabaran bila musibah Allah datang..gunakan musibah itu untuk mencari redha Allah kerana itu juga merupakan satu ujianNya...



p/s:Allah tidak pernah berjanji bahawa kehidupan ini selalunya mudah kerana asas kehidupan adalah cabaran dan dugaan,Allah hanya berjanji dia akan bersama-sama kita di sepanjang kehidupan ini..^___^


 

No comments:

Post a Comment