Taaruf

My photo
Az-Zaqaziq, Ash-sharqiah, Egypt
منيساسزوىن محمدشوكري عبدالله

Friday, November 25, 2011

keuntungan yang PASTI



cuba tanya mana-mana ahli perniagaan di muka bumi ini..siapa di antara mereka yang tidak menginginkan keuntungan..???

sudah tentu mereka inginkan keuntungan yang berlipat ganda..

perniagaan duniawi ada masanya kita untung dan ada masanya kita rugi...tapi tahukah anda bahawa kita ada satu perniagaan yang hanya membawa kepada keuntungan?????

pernahkah kita terfikir?di sebalik perniagaan duniawi "terselindung" satu perniagaan di antara kita dangan Pencipta??
TERSELINDUNG??sudah terang dan nyata dalam kalam Allah..terang dan nyata!tpi kenapa "terselindung"??

terselindung hanya bagi orang-orang yang sentiasa lalai dalam agamaNya dan tidak pernah ingin ambil tahu memahami Allah dan memahami Islam...

"sesungguhnya Allah telah MEMBELI dari orang-orang mu'min,diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.Mereka berperang pada jalan Allah,lalu mereka membunuh atau terbunuh.(itu telah menjadi)janji yang benar dari Allah di dalam Taurat,Injil dan Al-Quran.dan siapakah yang lebih menepati janjinya(selain) dari Allah?maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu,dan itulah KEMENANGAN yang besar"
                                 (surah At-Taubah,ayat 111)

kita hanya menjual diri dan harta untuk jangka masa yang pendek(tempoh sepanjang kita hidup) tapi keuntungan itu kita dapat merasakannyya SELAMA-LAMANYA.SAMPAI BILA-BILA.
Insya Allah..

itulah keuntungan yang tidak pernah diberikan oleh sesiapa di dunia...

cuba tnya lagi mana-mana ahli perniagaan yang berjaya?berapa kali mereka jatuh sebelum bangun semula dan berjaya??

sudah tentu mereka melalui banyak cabaran dan ujian sebelum mencapai tahap yang teratas..

sama juga dengan mengorbankan diri,masa,harta sudah tentunya payah bagi kita,,NAMUN ini tidak menghalang kita untuk terus BERUSAHA ke jalanNya..Kita MAHUkan keuntungan..Janji Allah itu pasti!



kalau perniagaan duniawi kita berkerja keras,kenapa tidak perniagaan yang satu ini?malah kita tahu lagi bahawa keuntungan itu PASTI ada sedangkan keuntungan duniawi kita belum pasti ada atau tidak...

tepuk dada,tanya iman..

sharing is caring...^^

p /s :peringatan bagi semua termasuk diri ini =) have a blessed day!^__*

 

2 comments:

  1. Alhamdulillah...terbaik Win!

    Kirim salam Me and him di tepi tu a. cancel jadi kakak ipar kalau begini =)

    Smg menjadi org kuat, dan sama2 diberi petunjuk Allah ke jalan yg lurus. okeh, kak add blog wiwin g bloglist =P

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah kak..^^

    tgoklah input dri siapa..^__^
    nah kedapatan!!hehe..nah melepas jdikan kakak adik ipar..^__^
    tpi soal nie kak urusan Allah..x bleh komen apa2 jugak..heee

    sma2 org jadi org kuat sedunia..hehe

    p/s:blog kakak sdh lma dlm bloglist..:P

    ReplyDelete