Taaruf

My photo
Az-Zaqaziq, Ash-sharqiah, Egypt
منيساسزوىن محمدشوكري عبدالله

Saturday, July 6, 2013

menanti


hari ini sama lagi seperti dua tiga hari lepas.
banyak masa berada di katil sahaja bersama komputer riba.
sedikit mengeluh.

cuma hari ini banyak mendengar alunan Al-Quran dari Sheikh Moutasem Al-Hameedi.
tenang.damai.lapang.
terdengar esakan-esakan semasa beliau mengaji.
MAHA SUCI ALLAH.
mungkin kerana ayat-ayat Allah sangat menusuk hatinya. :')

hanya beberapa ketika ini mendapat sedikit kerja untuk membantu kawan yang kurang tenaga untuk membuat kerja.
tabah.cekal.semangat.
jauh sekali diri ini berbanding yang lain.sudah bergunung mereka menyumbang sedangkan aku?
banyak bermuhasabah.
Mesir.ya masih di bumi pasir sementara menunggu natijah.

hari ini suram.sunyi.kaku.
di luar sana bergolaknya antara yang hak dan batil.
hati turut sedih.hati dihiris dengan pisau yang tajam lalu disimbah cuka.
tapi berat lagi bahu yang memikul.
"Islam tidak kalah.jangan risau.Allah ada perancanganNya"cuba tenangkan hati
apakan daya hanya doa untuk tempat ini.
semoga kemenangan pada yang hak.

beberapa hari lagi natijah akan keluar.
cemas.terbayang-bayang jawapan di atas kertas peperiksaan.
tawakal masih ada.jangan putus asa.
hati terus mengharap dengan yakin. :')
itu keindahan Islam.tiada ruang untuk hati ini berasa gusar selagi ingat kepada Yang Esa.

tidak banyak minta untuk tahun ini melainkan dipertemukan secara langsung dengan kedua ibu bapa.:'(
jauh di sudut hati aku sangat merindui.

harapan agar Allah permudahkan segalanya.insya Allah.




1009/060713





No comments:

Post a Comment