Taaruf

My photo
Az-Zaqaziq, Ash-sharqiah, Egypt
منيساسزوىن محمدشوكري عبدالله

Saturday, December 22, 2012

kita bermain dengan masa



ya.
kita bermain dengan masa.
tapi jangan sampai masa buat kita leka.

"Demi MASA.Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian"
                                                                          (Al-Asr,1-2)

ada apa lagi dengan masa.?
kebanyakan yang aku tulis mengenai masa.
balik2 masa.masa dan masa.
tidak banyak cuma sedikit mengenai jumaat minggu ini dengan MASA.

jumaat,bulatan gembira dengan adik2.
aku timbulkan satu persoalan.
"sekiranya kita sebagai hamba Allah diberikan nikmat untuk putarkan balik kisah lalu kita,masa apakah yang kamu akan putar dan kenapa?

setiap satu bercerita mengenai kisah lalu mereka yang mereka ingin putarkan.menarik.
tidak kurang lebih juga dari aku.
zaman kenakalan,zaman tidak berusaha sungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu,zaman kelalaian.aku akuinya sendiri.dan paling terkena masa kita banyak tidur.

macam2 reaksi bila soalan ini di tanya.

"kalau di ikutkan tak logiklah akak."

"kalau saya boleh putarkan balik.tapi tak mungkinlah kan.kita cuma dapat ambil ibrah"

betullah.kalau diikutkan soalan ini tidak logik pun.tapi "sekiranya Allah memberikan kita nikmat".ingat tiada yang lebih berkuasa melainkan Allah dan Allah berhak atas segala sesuatu.

dalam soalan ini pun,aku tidak ingin tahu masa apakah yang mereka ingin putarkan.tapi aku ingin tahu kisah lalu yang buat mereka pernah rasa kesal,kecewa,sedih,gembira, dan lain2 perasaan.alhamdulillah dapat sedikit aku korek. :)

antara 6 orang,ada seorang yang lain daripada yang lain kisah yangg ingin dia putarkan.
kisah yang sangat gembira!
namun,budak ni berjaya buat mata aku berair.

dia bercerita sambil menangis.
aku cuma memandangnya.menahan air mata untuk jatuh.
saat dia berkata "kalaulah abah masih hidup"
terus terbayang muka bapa dalam fikiran.
segala apa yang dia luahkan aku bayangkan aku bersama dengan bapa.
kalaulahh aku berada di tempat dia.Allah.

"kematian itu pasti.tapi andai saya dpat putarkan masa.saya akan putarkan masa ketika arwah abah masih hidup,kami dapat borak sama2.kami dapat share macam2."

sebak. :(

semoga  tabah.dan tentu kami semua akan merasa itu cuma masanya belum tiba.samada sempat ataupun tidak.

dik,Allah menguji dengan kesanggupan kamu. :)

tidak semua manusia berada dalam kerugian.Allah berfirman lagi.

"kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran."
                                                                                         (Al-Asr,3)

p/s :bulatan gembira!biar kita berukhuwah berasaskan akidah.manfaatkan masa sama2. :)


No comments:

Post a Comment