Taaruf

My photo
Az-Zaqaziq, Ash-sharqiah, Egypt
منيساسزوىن محمدشوكري عبدالله

Thursday, March 8, 2012

kembali ke hospital


setelah lebih kurang 10 bulan tidak menjejakkan kaki ke hospital,hari ini kaki ini berjaya menjejakkan semula.excited?tentulah tidak.nama pun hospital.mesti orang yang pergi hospital bukan dalam keadaan excited(lain lah kes ibu ingin bersalin XD)

kali ini aku membawa sejenis lagi penyakit.sudah tentu bukan penyakit yang sama seperti yang aku alami lebih kurang 10 bulan yang lalu.kali ini sakit biasa-biasa orang cakap.pharyngitis atau lebih dikenali sebagai sore throat.bahasa simple,sakit tekak.

menjejakkan kaki ke hospital itu,mengingatkan aku kepada kisah lama.kisah yang sangat perit untuk ditelan.ketika itu,aku mengalami HYPOTENSION.ya hypotension!penyakit ini sangat bersejarah sekali dalam hidup aku.

lebih kurang dalam hujung bulan mei tahun lepas(kalau tak silap).diri ini tengah bersusah payah untuk menyiapkan 'senjata' peperiksaan untuk final written exam for first year medicine.medicine??mesti tidak semudah yang disangka.

dalam menyiapkan 'senjata' peperiksaan,Allah ingin menguji diri ini dengan menarik nikmat sakit =).syukur alhamdulillah kerana Allah masih sayang.malam terakhir sebelum paper anatomy bermula.diri diserang hypotension.tidur tak boleh.otak 'jam'.jantung berdegup kencang(ya..terasa amat sangat!).macam-macam difikiran.

cuba bayangkan anda akan menghadapi exam terpenting dan pada malamnya anda blur tidak tahu mahu buat apa dan tatkala itu semua rakan seperjuagan tengah berusaha habis untuk kali terakhir!

otak 'jam' tapi hati tidak 'jam'.hati tidak berhenti-henti meminta doa kepada Pencipta dan hati ini jugaklah yang membisikkan perkara positif.nota bergelimpangan di atas tilam.dan beberapa helai nota di letakkan di atas dada untuk memberikan semangat.lantas,tangan laju sms meminta semangat dari kedua ibu bapa di malaysia.perit sungguh waktu itu.mata tak mampu ditutup hanya mengalirkan air mata.:(

keesokkan paginya,dengan otak yang berat dan mata tidak cukup tidur.aku gagahkan diri ke dewan exam.terharu rasanya bila melihat rakan-rakan lain masih sibuk berjuang hingga ke masa terakhir sebelum masuk ke dewan exam.hanya nota berada di tangan dan ditatap.tapi satu apa pun tiada yang masuk.waktu itu,hanya Allah tempat aku bergantung.

aku yakin akan Allah.sepanjang exam hanya bergantung kepada Dia dan usaha-usahaku terdahulu yang tak sebanyak mana.Doktor mensahkan aku menghadapi hypotension.tekanan darah kurang,kurang darah dan macam-macam lagi.sepanjang musim exam,dua kali berjumpa dengan doktor sebab penyakit ini memakan masa yang lama untuk sembuh.mungkin masih stress akibat exam.


kesemua ubat ini aku perlu hadam dlm tempoh hypotension.kena suntik lebih 2 kali..T.T

alhamdulillah kerana Allah hantarkan sahabat-sahabat yang baik untuk menjagaku di bumi anbiya.dan paling penting,syukur kepada Allah kerana mengurniakan aku kedua ibu bapa yang sentiasa membagi dorongan dan sokongan walaupun cuma dari jauh.mereka hanya mampu berdoa dari jauh melihat anak yang sakit di negara orang.ya!doa ibu bapa sangat penting.dan air mata termahal aku saksikan sendiri melalui skype bila mana ibu bapa menangis kerana perjuangan tabah anaknya.waktu itu aku telah berputus asa dan menangis untuk meminta maaf kerana tidak dapat menjawab dengan baik.malah,aku yakin aku telah tewas.namun kata-kata semangat mereka membuatkan aku kembali ke realti.keputusan belum keluar!.keep on praying!maafkan wiwin,kalau buat kamu susah. :(


sihat sepenuhnya apabila kembali ke malaysia pada bulan julai.dalam tempoh masa lebih kurang 2 bulan,aku menjalani kehidupan separuh sihat.cuma alhamdulillah yang mampu aku ucapkan.syukur ya Allah kerana menghadiahkan sakit itu kepadaku.banyak pengajaran yang aku dapat.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."(al-baqarah,286)
ayat al-Quran ini membuatkan diri terus teguh dan sabar.semua berlaku ada sebabnya =)

walau keputusan tak segempak mana,namun masih tersenarai dalam penerima anugerah pelajar cemerlang.subhanallah!!satu anugerah yang sangat ternilai padaku.menitis air mata tatkala mendengar keputusan sendiri.bangga??excited??tidak!aku cuma rasa bersyukur kerana rezeki Allah masih ada di situ.Allah membalas segala keperitan dengan kemanisan.sayangnya Allah kepada hamba-hambaNYa.

kadang rasa diri tidak layak.namun sesungguhnya Allah lebih Mengetahui apa yang terbaik untuk kita =)) Allah menguji hamba-hambaNya dalam banyak jenis ujian.tapi jangan risau kita mampu menjalani ujian itu.cuma kadang-kadang kita yang rasa susah dan terus menyerah.
Allah sentiasa bersama orang yang sabar.remember this=)
mohon doa untuk perjuangan diri ini di imtihan tahun dua perubatan yang bakal tiba.^__^v

p/s :panjang entri kali ni.mohon maaf andai ada yang terpening membaca.mood rajin datang.semoga ambil iktibar kepada sesiapa yang rasa tengah 'down'.ingat Allah ada dengan dia.mintalah pertolongan denganNya seikhlas hati.ingat.kita hanya merancang,Allah yang menentukan.so,jangan sia-siakan nikmat yang ada ni.

"yang ada ini sudah harapan kita"-hamka
 

4 comments: