Taaruf

My photo
Az-Zaqaziq, Ash-sharqiah, Egypt
منيساسزوىن محمدشوكري عبدالله

Friday, February 3, 2012

winter break

Baru sempat update tatkala cuti musim sejuk membuka tirai,
Usai setelah exam,diri sibuk dengan perancangan cuti musim sejuk.
Alhamdulillah,telah selamat menjejakkan ke bumi luxor dan aswan.
Walaupun perjalanan sedikit terkacau dengan revolusi mesir yang masih berlangsung namun selamat juga kembali ke bumi ke zagazig =)))
Mengambil masa selama lebih kurang 12 jam menaiki ‘sleeping train’ ke bumi luxor.sangat mencabar perjalanannya.tidak seperti yang diharapkan,sleeping train yang dinaiki menjadi ‘idaman’.kenapa menjadi ‘idaman’??bbiarlah rahsia..>.< tak pa ambil sebagai cabaran.
12 jam dalam train tidak melunturkan semangat  untuk meneruskan percutian =D
Setelah berada di perut train selama 12 jam.akhirnya masuk kedalam perut cruise.sakit badan 12 jam dalam train terus hilang tatkala masuk cruise..aisehh..
Penangan makanan dlm cruise memberikan impak yang besar >.<
makan makan dan makan..hanya itu yang dinantikan..buka kuliah nanti,pandai2 lah kuruskan balik =D
4 hari 3 malam berada d cruise.Nile Ruby nama diberi.hanya sempat berlayar beberapa jam merentasi sungai nil,perjalanan terbantut akibat berlakunya revolusi yang berlaku di sberang jambatan sana(tak tahu nama jambatan apa).hampir kesemua cruise tidak dapat meneruskan perjalanan.termasuklah Nile Ruby.
Perancangan bercuti akhirnya bertukar memandangkan keadaan tidak mengizinkan.terpaksa menggunakan bas untuk ke bumi aswan.kita cuma mampu merancang kannn..XD bukan menentukan.
Bumi aswan dijejaki hanya buat beberapa jam dan terpaksa pulang kembali ke bumi zagazig menaiki sekali lagi train yang ‘diidamkan’.kali nie lagi mencabar..lebih dari 12 jam..T.T( kalau naik kapal terbang dari bumi mesir, mungkin sdh smpai kaki ini menjejakkan bumi tawau)..tak paa..sekali lagi cabaran.=.=

 
Karnak temple,Luxor


Luxor Temple,Luxor


Temple of Hatsepshut a.k.a hotchickensoup..lol


Philae temple(temple paling cantik sebab terletak di atas pulau)
ya kahh cantikk??bolehlahh..sebab ada bunga2..lol

discovering ancient Egypt~~~

ngeri jugak membayangkan kehidupan orang dulu-dulu..X.X


*************************

sempat meneliti kehidupan orang arab di sepanjang sungai nil.sungguh berbeza dengan keadaan orang yang berada di cruise.

taraf hidup bagai langit dan bumi.sumber mencari rezeki bergantung kepada pelancong yang datang.menaiki sampan mendekati cruise yang berlabuh dan melemparkan barang jualan ke arah cruise lalu mengenakan harga yang murah dengan harapan barangan tersebut dapat dijual.(lupa ambil gambar)
satu tempat yang sama namun ada dua 'dunia' yang berbeza.maka bersyukurlah kita dengan nikmat yang kita miliki.



comel tengok diorang nie pakai jubah
(budak-budak nie duduk menghadap cruise tengah berlabuh)

post kali nie lebih kurang macam laporan..lol

p/s:selamat bercuti winter..selepas ni serbu International Book Fair di bumi kaherah.Manfaatkan cuti anda!^__*


 

2 comments: