Taaruf

My photo
Az-Zaqaziq, Ash-sharqiah, Egypt
منيساسزوىن محمدشوكري عبدالله

Wednesday, April 22, 2015

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,

Sedetik masa berlaku dengan pantas mengikut peredaran yang Allah rancangkan untuk umat manusia di muka bumi.Alhamdulillah hamba ini masih bernafas.


Beza antara entri sebelum ini dengan entri sekarang,

Terlalu banyak perkara yang berlaku di dalam kehidupan ini.
Pahit dan manis.Semua berjaya di 'telan'. Syukur.

Tentang soalnya hati. Ah, seolah sudah masak dengan benda ini.Untuk apa lagi aku persoalkan.

Sedar diri ini banyak menyakiti hati yang lain tapi dengan harapan satu hari nanti kalian mungkin akan mengucapkan nafas lega dengan keputusan ini.

Allah itu penentu maka saya serahkan semuanya kepada Allah tentang urusan itu.


Hari berlalu dengan memohon Allah untuk bersihkan hati  yang kotor ini dan memberi ruang kepada penyelesaian. Alhamdulillah, Allah tunjuk satu penyelesaian.


Hati ini tidak selalu bahagia dan tenang kerana tahu maksiat dan kebaikan itu mana mungkin disatukan.


Ujian demi ujian tetap dengan keputusan yang dipilih. Keputusan yang membawa aku mengucapkan "Maha Suci Allah" kerana aku tahu keputusan ini bukan kehendak hati yang telah rosak tetapi kehendak hati yang ingin kembali subur dengan indahnya Islam.


Cuba untuk menjaga sepenuhnya hati ini agar tidak lagi tercicir selagi mana tiadanya satu ikatan. Hati dilema terus memohon petunjuk. Tidak perlu lagi aku tanyakan hati untuk menolak kerana asas ini sedikit sebanyak adalah disebabkan tentang akidah. Menyembah Allah yang satu dan menyambung mata rantai perjuangan baginda Rasulullah S.A.W.


Seandainya itu adalah jawapan kepada takdir. Maka aku redha atas segala kemungkinan. Diri ini belum cukup untuk dicemburui oleh bidadari syurga. Terlalu jauh. 




Dear unknown,


50,000 years before the sky was introduced to the sea, Allah Azza Wajjal wrote down your name next to me.

Love,
Yours


Ajal dan jodoh. Tidak kira mana datang merisik diri ini dulu, punya harapan hanya satu.Semoga diri dapat berjumpa dengan Pencipta dan kekasihNya,Rasulullah S.A.W.


Terasa agak matang untuk post entri sedemikian. Menuju 23 tahun. Semoga terus tabah, Manisa Sazwin. :)


Pendosa,

WJ.



No comments:

Post a Comment