Taaruf

My photo
Az-Zaqaziq, Ash-sharqiah, Egypt
منيساسزوىن محمدشوكري عبدالله

Friday, January 7, 2011

Lakaran pengebom Mesir diedar

Latest news dari peristiwa salah sebuah gereja di Iskandariah diletupkan..
**************
LE CAIRE 6 Jan. - Mesir semalam mendedahkan lakaran gambar seorang pengebom nekad yang disyaki meletupkan dirinya di sebuah gereja pada malam sambutan Tahun Baru di bandar Iskandariah, yang meragut 21 nyawa.
Polis berkata, lakaran tersebut telah diedarkan kepada agensi media dengan harapan penyiarannya boleh membantu mendapatkan petunjuk tentang identiti lelaki berkenaan.
Lakaran gambar oleh pelukis forensik itu dibuat berdasarkan cebisan mayat yang ditemui di tempat serangan yang turut mengakibatkan 79 yang lain cedera.
Pihak berkuasa pada Selasa lalu berkata, pihaknya menemui kepala manusia yang cedera teruk di tempat kejadian dan pakar bedah telah dipanggil bagi cubaan membina semula wajah lelaki itu yang dipercayai berusia dalam lingkungan umur 30-an.
Menurut mereka, lelaki itu dipercayai mahu memasuki gereja tersebut yang ketika itu sedang mengadakan satu perhimpunan besar pada malam Tahun Baru lalu, tetapi dihalang oleh polis yang mengawal pagar gereja.
Lelaki itu kemudian dipercayai meletupkan tali pinggang yang diisi dengan bahan letupan TNT seberat antara 10 hingga 15 kilogram, sejurus selepas tengah malam.
Setakat ini, belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut, yang disifatkan sebagai yang terburuk di Mesir sejak serangan di resort Sinai pada 2006.
Ia berlaku dua bulan selepas anggota bersenjata al-Qaeda menyerang sebuah gereja Katolik Syria di tengah Baghdad. Al-Qaeda kemudian berkata, ia dilancarkan bagi memaksa pembebasan dua isteri paderi Qibti yang memeluk Islam dan ditahan tanpa kebenaran.
Kristian Qibti yang membentuk 10 peratus daripada 80 juta penduduk Mesir, merupakan golongan minoriti di Asia Barat dan didakwa sering menjadi sasaran serangan serta diskriminasi. - AFP

sumber:UTUSAN MALAYSIA ONLINE~

p/s:seram sejuk pula bila kejadian begini berlaku..lebih2 lagi aku yg kini menetap di Mesir..walaupun x menetap di Iskandariah..tapi satu tanah jugak bah..hrp2 everything is under control~~Amin~
 

No comments:

Post a Comment